Thursday, December 29, 2011

Ulangtahun Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF



Anda masih ingat lagi tak tarikh hari ini? Rasa macam baru saja gantung Jalur Gemilang di beranda. Hari ini adalah genap satu tahun pasukan bolasepak Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF. Kejohanan berlangsung pada 1 hingga 29 Disember 2010. 

Ia merupakan detik bersejarah di mana kita sebelum ini tidak pernah menjadi juara iaitu sejak kejohanan ini dianjurkan. 

Lebih manis, kejayaan yang kita perolehi bagaikan sesuatu yang "miracle". Kita dibelasah oleh Indonesia 5-1 pada perlawanan pembukaan. Seri dengan Thailand tanpa jaringan dan kalahkan Laos dalam peringkat kumpulan.

Perjalanan Harimau Malaya pada Piala Suzuki AFF 2010.

Kemenangan Malaysia menewaskan Vietnam pada separuh akhir pusingan pertama merupakan "turning point" penting, kerana pasukan harimau Malaya tidak menoleh kebelakang, terus mara dan terus kehadapan. Tambah istimewa lagi, apabila kita mengalahkan musuh tradisi Indonesia 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah pertanda positif kemajuan berterusan... walaupun tewas di perlawanan akhir kedua di Indonesia kita menang agregate 4-2 dan diisytiharkan JUARA.

Perjalanan bolasepak Malaysia masih jauuhhhhhh......

Untuk duduk sebaris dengan Korea Selatan, Jepun, Iran, Australia banyak kekurangan yang harus diperbaiki. Apa yang penting ialah pembangunan dari peringkat sekolah mesti dipergiatkan. Jika tidak kita hanya mampu menonton di peti televisyen melihat pasukan lain bermain di World Cup. Bagi peminat-peminat, pemain, sesiapa sahaja yang gilakan bolasepak...melayakkan diri ke pusingan Akhir World Cup adalah segala-galanya. 10 piala AFF atau 10 pingat emas Olimpik, emas apapun takkan sama dengan sekali bermain di World Cup. 

Harapan saya suatu hari nanti dapat beli tiket yang tertera perkataan MALAYSIA VS........di pentas World Cup biarpun memakan masa dan menelan ribuan wang ringgit. Kalau rakyat Brazil sanggup menggadaikan tanah, rumah dan ladang semata-mata untuk memberi bersama-sama memberi sokongan kepada pasukan negara mereka, kenapa tidak kita rakyat MALAYSIA pun BOLEH

Oleh itu kejayaan semalam kekal dalam lipatan sejarah, hari ini kita harus melipatgandakan lagi usaha. Sokongan dari semua pihak seperti pemain, pengurusan, FAM, FA negeri dan pihak swasta amat penting untuk mempastikan hasrat rakyat tercapai. 

Semoga Ngauman Harimau Malaya akan kedengaran hingga ke seluruh dunia. Insyallah!



Saturday, December 24, 2011

Tips Mengelakkan Laman Facebook Palsu!

Facebook (fb) merupakan laman rangkaian sosial yang paling popular masakini dianggotai jutaan pengguna tua dan muda dari seluruh dunia.


Tahukah anda terdapat banyak website palsu di Internet? Laman-laman web palsu tidak hanya membuat beberapa salinan dan memuatkan kandungan yang tidak dibenarkan. Tetapi, juga termasuk beberapa ‘kod’ berniat jahat yang boleh membahayakan pengguna pada bila-bila masa.

Hackers menyediakan laman fb yang seakan-akan sama pada mata kasar kita. Sekali kita mengisi username, password dan enter...akaun fb kita sudah dimasuki mereka. Segala yang ada dalam akaun fb dikawal oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Apa yang saya luahkan ini hasil pembacaan dan pengalaman orang-orang yang saya kenali pernah mengalaminya. Betapa sukar hidup mereka, apabila profil peribadi dikuasai oleh individu-individu yang tak pernah dikenali. Golongan Hackers menyamar sebagai yang empunya fb seterusnya memporak perandakan rumah tangga, persahabatan dan persaudaraan.

Bagaimana nak tahu fb palsu atau yang original?

           1. Menggunakan nama sama seperti fb. Contohnya: m-facebook.com.
              Jelas sekali nama domain yang  berbeza.

           2. Berhati-hati dengan hosting dan domain percuma yang memudahkan 
               Hackers mencelah  masuk ke akaun fb.

Untuk mengelakkan daripada ianya berlaku keatas anda dan kenalan anda. Beberapa factor harus diambil kira.

1.    Pastikan menaip setiap kali masuk ke facebook di URL:
     www.facebook.com 
     jangan sekali-kali masuk menggunakan url lain.

2.    Bila bermain di cyber cafe, elakkan menanda pangkah “Biarkan saya tetap masuk” / “Keep me logged in” yang ada dibawah kotak isian e-mel atau “Remember me” pada waktu login, kerana ia boleh menyimpan nama dan password di komputer tersebut.

3.    Jika anda diminta login lagi, setelah login yang pertama berjaya masuk, hendaklah anda mencurigainya.

4.    Web of Trust (WOT) 


   WOT  adalah alat yang selamat untuk melayari internet. Ia mempunyai symbol Kedudukan Trafik Bercahaya yang menunjukkan laman web yang anda boleh percayai untuk melayari internet secara selamat, membeli-belah dan mencari sesuatu di web. Anda boleh dengan mudah dapat melihat amaran lampu merah     dari ikon addon. Untuk mencubanya, Klik disini WOT menggunakan Google Chrome.

5.  Google Instant Preview


Jika anda mencari menggunakan Google, anda boleh lihat icon alatan pencarian spt >> bersebelahan senarai keputusan pencarian pada mukasurat itu. Jika anda gerakkan tetikus diatasnya, ia memaparkan preview sahaja tanpa pergi ke website sebenar. Dengan ini, dapat mengelakkan laman web palsu.

Google Chrome akan memaparkan amaran kandungan malware jika website tersebut diserang oleh ‘kod Malware’ atau laman web palsu. Anda dinasihatkan menggunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox. Elakkan melayari Internet menggunakan Internet Explorer.

Insyallah, panduan serba ringkas dan tak berapa lengkap ini diharap dapat membantu anda. Mungkin anda ada info tambahan yang boleh dikongsi bersama, saya amat mengalu-alukan. 

Keselamatan Milik Semua!




Wednesday, December 21, 2011

Percuma Youtube Downloader 3.3!

Software untuk muatturun/download video daripada Youtube, Facebook, Google Video, Yahoo Video dan sebagainya. Anda juga boleh menukar kepada format lain video.


Program ini mudah digunakan, cuma pastikan alamat URL video yang hendak dimuatturun dan klik butang ok! Ia juga membenarkan menukar video yang telah dimuatturun untuk Ipod, Iphone, PSP, Handphone, Windows Media, XVid dan MP3.


Saiz: 4.94Mb
Release Date: 26.7.2011





Keperluan Sistem
-Intel Pentium 233 MHz atau bersamaan AMD dan keatas
-Windows XP, Vista, 7
-Internet Explorer 6.0 keatas
-Memori 64Mb RAM
-Adobe Flash Player 9+

Monday, December 19, 2011

Paypal Memudahkan Pembelian dan Urusniaga Online!


Penggunaan Paypal di Malaysia semakin meningkat terutama kepada mereka yang membabitkan diri dalam pembelian di Internet. Paypal memudahkan anda membuat pembayaran, menerima pembayaran dari pelanggan anda secara online.


Ramai yang memilih menggunakan Paypal adalah kerana dasar keselamatan yang ketat melindungi maklumat akaun pengguna kad kredit dan kad debit daripada terdedah kepada pihak lain. Paypal merupakan online banking dan online kad debit. Dengan adanya Paypal anda boleh berbelanja, asalkan ada duit dalam akaun.

Apakah kelebihan Paypal?
1. Ia diiktiraf oleh Bank Negara dan kebanyakan bank-bank di seluruh dunia.
    Paypal digunakan dengan meluas di seluruh dunia.
2. Paypal melindungi maklumat kredit dan debit kad anda.
3. Paypal memudahkan menerima pembayaran kerana hanya menggunakan 'email address'
    sebagai nombor akaun.
4. Pembeli senang membuat pembayaran dengan hanya klik banner pada website.
5. Proses withdraw yang cepat hanya mengambil masa 3 atau 4 hari daripada Paypal ke akaun bank anda.
6. Pendaftaran akaun Paypal adalah percuma! Klik disini.

Sebelum anda membuka akaun Paypal anda perlu memiliki satu 'e-banking' biasa seperti Maybank2u atau CIMBClicks.

1. Buka akaun Maybank2u.
2. Daftarkan menggunakan ATM card yang bergambar buah cerry merah. (debit card).
3. Pergi kemana-mana cawangan Maybank dan minta mereka membantu daftar Maybank2u anda
    dan ikut arahan mereka.
4. Minta mereka aktifkan MSOS (Maybank Secure Online Shopping).
5. Apabila selesai semua tadi, anda sudah boleh menggunakan Maybank2u. Klik disi ke web rasmi.


Langkah-langkah membuka akaun Paypal
1. Untuk pendaftaran akaun Paypal. Klik di sini.
2. Klik Sign Up Today.
3. Pilih Premier
4. Klik Get Started.
5. Lihat video untuk penjelasan lebih lanjut.

Selamt Mencuba!

Thursday, December 15, 2011

Keburukan Handphone kepada Pengguna?

Penggunaan telefon bimbit atau handphone bertambah setiap hari. Remaja merupakan golongan yang paling ramai menggunakan media komunikasi ini. Dianggarkan lebih 570 juta pengguna handphone seluruh dunia. Pengguna handphone dijangka meningkat kepada 1.4 bilion dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Walaupun terdapat kajian-kajian yang telah dijalankan membuktikan kesan-kesan negatif daripada handphone ke atas tubuh badan kita, namun ia tidak mengurangkan kadar peningkatan pembelian handphone setiap tahun.

Saya sendiri tidak dapat lari daripada menggunakan handphone kerana ia merupakan alat komunikasi yang mudah dibawa, ringan, penyediaan ciri-ciri multimedia, internet, mp3, sms dan banyak lagi. Tetapi, sama ada kita sedar atau tidak handphone itu sendiri merupakan senjata senyap yang memudaratkan kesihatan kita.

1. Kerosakkan Struktur DNA Kanak-kanak
Kajian yang dilakukan oleh University of Washington, Seattle USA, pada tahun 1996 telah menemui EMR yang dikeluarkan oleh handphone terbukti menyebabkan kerosakan pada struktur DNA. Ibu bapa adalah disarankan tidak memberi handphone kepada anak-anak yang berusia 8 tahun ke bawah.

2. Menyebabkan Tumor Otak
Menurut satu kajian yang dilakukan oleh National Radiology Protection Board, England, mengatakan radiasi elektronik magnetik yang dihasilkan oleh handphone menyebabkan tumor otak. Kesan radiasi ini merbahaya kerana otak kanak-kanak sedang berkembang. Jangka masa tumor otak membesar dalam badan kira-kira 30 hingga 40 tahun.

3. Menyebabkan Kanser
Pengkaji dari Jerman, yang melakukan kajian kesan radiasi oleh handphone ke atas sel-sel badan manusia dan haiwan. Keputusan kajian menunjukkan kesan kemusnahan sel-sel. Level radiasi yang digunakan untuk kajian sekitar 0.3 hingga 2 Watt. Manakala kebanyakkan trasmit signal radio atau SAR (Specific Absorption Radio) sekitar 0.5 hingga 1 Watt. SAR adalah purata nilai maksimum kuasa tenaga radio yang boleh diserap oleh badan manusia. Oleh itu, International Commission of Non Ionizing Radiation Protection telah menyarankan had SAR pada handphone adalah tidak lebih daripada 2 Watt.

4. Selain daripada kesan-kesan diatas, handphone juga boleh menyebabkan beberapa penyakit kronik seperti tumor telinga, kanser otak, kerosakan penghasil sperma sehingga 30% dan banyak lagi.

Jadi, bagaimana kesan-kesan negatif handphone pada tubuh badan dapat dikurangkan? Antaranya seperti berikut:-
  1. Jangan beri handphone kepada kanak-kanak
  2. Wanita mengandung sepatutnya menggunakan telepon biasa. Guna handphone dalam waktu kecemasan sahaja.
  3. Jauhkan dari badan semasa menggunakan handphone.
  4. Elakkan membawa handphone dalam poket setiap masa.
  5. Elakkan bercakap dengan seseorang terlalu lama.
  6. Elakkan guna handphone apabila signal rendah.

Wednesday, December 7, 2011

Teknologi Garisan Gol Pada World Cup 2014



Presiden FIFA Sepp Blatter berjanji teknologi garisan gol akan digunakan pada World Cup 2014 di Brazil, atas desakan peminat-peminat bolasepak supaya pihaknya memperbaiki kesilapan berprofil tinggi.


Teknologi ini dapat mengukur dengan lebih tepat, pantas dan tidak rumit sama ada bola masuk atau tidak bagi mengurangkan kontroversi. Blatter tertekan kerana isu gol yang dinafikan semasa England menentang Jerman pada World Cup 2010 lalu, dimana England tewas 4-1.


FIFA telah mencuba Teknologi Hawk-Eye dan Goalminder pada bulan lepas di England. 
"Brazil 2014 akan mempunyai teknologi untuk menghalang 'gol hantu'. Kami sedang mempertimbangkan dua sistem yang baik sesuai dengan keperluan pertandingan iaitu menekankan aspek ketepatan, kepantasan, dan tidak rumit," menurut Blatter kepada El Mundo Deportivo.


Adakah teknologi ini mampu menghilangkan rasa tidak puas hati selama ini? Adakah perlawanan bolasepak sudah tak menarik lagi untuk ditonton? Jawaban ada pada anda ?

Monday, December 5, 2011

Free Download TV Movie Radio Player



klik link download



Readon TV Movie Radio Player adalah satu revolusi  perisian baru yang yang membolehkan anda menonton TV satelit  secara Live dan siaran radio secara langsung di dalam komputer anda. Teknologi baru ini, yang dipanggil TV / muzik melalui IP, tidak memerlukan peralatan tambahan dan memberikan anda akses kepada dunia hiburan digital jenama baru.

Ciri-ciri:-

  • Beribu-ribu saluran TV dan radio dari seluruh dunia.
  • Menonton dan memuatturun filem terbaru
  • Live sukan (NBA, bola sepak european, dll).
  • Pelbagai  genre termasuk filem, komedi, berita, TV, kanak-kanak, muzik, pop, jazz, klasik dan sebagainya.
  • Rekod muzik dalam talian untuk fail audio MP3.
  • Rakaman TV ke dalam fomats pelbagai fail video  
  • Flash permainan search engine plugin (Beribu-ribu permainan).
  • Muzik pada permintaan plugin enjin carian (Jutaan MP3)
  • Movie search engine plugin.
  • Termasuk semua saluran SopCast.
  • Termasuk semua saluran ShoutCast.
  • Termasuk semua saluran pemain TVU.
  • Google Youtube
  • Audio CD Ripper (MP3 dan Lossless gelombang).
  • Berita dan laporan cuaca.
  • Bebas untuk digunakan.
  • Auto senarai saluran updatable.
Keperluan Sistem : 
Windows XP 32/64 bit
Windows Vista  dan  windows 7 32/64 bit




 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India