Friday, April 27, 2012

Cara Mudah Rename dan Mengubah Icon Drive



Mengumpulkan data berdasarkan kategori tertentu di hard disk merupakan tindakan yang bijak. Untuk itu anda haruslah membuat partition baru pada hard drive. Selain lebih selamat, anda juga akan lebih mudah untuk menyimpan dan membuka fail-fail dan folder. Perlabelan icon penting bagi membezakan di antara drive yang anda miliki. Dengan bantuan perisian "Change Drive Icon", akan memudahkan anda untuk mengubah icon dan memberi nama (rename) drive. Software ini percuma dan portable hasil kerja seorang sahabat di www.efhamcomputer.com.

Untuk membina gambar icon, rename icon anda haruslah download disini. 

Sila ikutilah langkah-langkah seperti dibawah...

1. Download Software Change Drive Icon di sini.

   Bagi anda yang belum memiliki icon, bolehlah membinanya secara percuma di laman web          http://www.icoconverter.com/



2. Extract kemudian jalankan softwarenya.

3. Pilih lokasi icon yg anda simpan (select icon file)

4. Pilih pemacu (select driver)

5. Taip dan beri name pemacu anda (type label name)

6. Klik Change Icon

7. Klik Change Table

8. Siap



Selamat Mencuba...
 

Thursday, April 26, 2012

Cara Menghapuskan tanda panah pada icon shortcut di desktop


Secara kebiasaannya icon yang kita bina di desktop terdapat tanda anak panah kecil disisinya. Situasi ini tak mengganggu kerja anda atau sistem windows. Tetapi adalah lebih menarik dipandang jika tampilan icon tiada anak panah. Betul tak?

Berikut ini adalah panduan ringkas yang dapat membantu anda yang sedang mencari penyelesaian masalah ini atau yang ingin menimba ilmu pengetahuan.

1. Tekan butang windows + R pada keyboard

2. Taip regedit dan tekan enter.


3. Masuk ke HKEY_CLASSES_ROOT/INKFILE

4. Pada panel sebelah kanan hapuskan key IsShortcut


5. Tutup tetingkap registry editor.

6. Restart komputer.

Selamat Mencuba.

Tuesday, April 3, 2012

10 Perkara Merosakkan Otak kita


1. Tidak Mengambil Sarapan Pagi.
Otak merupakan organ paling banyak menggunakan tenaga.(25% daripada keperluan badan). Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan mati, keseluruhan otak menjadi kurang aktif pada hari tersebut.

2. Terlebih Makan
Makan berlebihan tak bermakna otak menjadi semakin baik. Makan yang berlebihan  menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan. Ini menyebabkan kekurangan darah sampai ke otak. Ini mengakibatkan rasa mengantuk, malas dan hilang daya fokus.
     
3. Merokok
Kesan asap rokok sahaja sudah cukup membunuh banyak sel-sel otak.

4. Mengambil Gula Berlebihan.
Pengambilan gula berlebihan dalam badan boleh menganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Menghidu Udara Tercemar.
Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam tubuh badan. Menghidu udara tercemar mengakibatkan kerosakan sel-sel otak.

6. Tidur Berlebihan.
Tidur baik untuk kesihatan otak kita. Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya fikir seseorang.

7. Tidur Dengan Menutup Muka.
Tidur sambil meniarap dan menutup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Otak akan kekurangan oksigen.

8. Kurang Berimaginasi.
Berfikir adalah satu cara baik mengasah otak kita. Kurang berimiginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.

9. Jarang Berfikir.
Kalau boleh gunakan otak selalu berfikir. Ia membantu melatih dan meningkatkan keupayaan otak kita. Jarang berfikir menyebabkan otak lembap dan tidak aktif.

10. Tidak Membaca Al-Quran.
Tiada yang hebat daripada membaca Al-Quran, memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. Tidak membaca al-Quran menjadikan otak kita dungu dan dangkal.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India