Mengumpulkan data berdasarkan kategori tertentu di hard disk merupakan tindakan yang bijak. Untuk itu anda haruslah membuat partition baru pada hard drive. Selain lebih selamat, anda juga akan lebih mudah untuk menyimpan dan membuka fail-fail dan folder. Perlabelan icon penting bagi membezakan di antara drive yang anda miliki. Dengan bantuan perisian "Change Drive Icon", akan memudahkan anda untuk mengubah icon dan memberi nama (rename) drive. Software ini percuma dan portable hasil kerja seorang sahabat di www.efhamcomputer.com.
Untuk membina gambar icon, rename icon anda haruslah download disini.
Sila ikutilah langkah-langkah seperti dibawah...
1. Download Software Change Drive Icon di sini.
Bagi anda yang belum memiliki icon, bolehlah membinanya secara percuma di laman web http://www.icoconverter.com/
2. Extract kemudian jalankan softwarenya.
3. Pilih lokasi icon yg anda simpan (select icon file)
4. Pilih pemacu (select driver)
5. Taip dan beri name pemacu anda (type label name)
6. Klik Change Icon
7. Klik Change Table
8. Siap
Selamat Mencuba...
0 comments:
Post a Comment