Siapa Tsering Gyaltsen?
Internet Cafe Tertinggi Dunia
Perkembangan teknologi komunikasi semakin memuncak tidak kira di mana sahaja, di bandar, desa, hutan, lautan, malah di puncak gunung merupakan satu keperluan yang patut disediakan.
Waspada Aplikasi Remove Fb Timeline..!
Jangan terjerat dengan menekan 'LIKE' tanpa mengetahui hasrat terselindung sindiket penipuan...
Fatwa Hukum Umat Islam Menyambut Valentines Day!
Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Islam yang jelas bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.
Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts
Saturday, May 5, 2012
Internet Cafe Tertinggi Dunia
Perkembangan teknologi komunikasi semakin memuncak tidak kira di mana sahaja, di bandar, desa, hutan, lautan, malah di puncak gunung merupakan satu keperluan yang patut disediakan.
Memandangkan setiap tahun ribuan pendaki dan pencinta alam singgah di Base Camp yang terletak di ketinggian 5303 meter. Ramai pendaki atau peserta ekspedisi yang pergi ke Himalaya membawa telefon satelit yang digunakan untuk akses Internet ataupun untuk menghubungi keluarga di rumah.
Walau bagaimanapun, tidak ramai di kalangan pendaki yang membawa telefon satelit. Tambahan pula kemudahan telefon terdekat memakan masa 4 hari perjalanan ke bawah. Maka Tsering Gyaltsen mengambil satu langkah ke hadapan yang ramai tidak terfikir untuk membina Internet Cafe. Beliau menggunakan jaringan satelit dan gelombang radio untuk akses Internet. Manakala, tenaga suria matahari dan generator dimanfaatkan untuk menjanakan komputer-komputernya. Selain memperoleh keuntungan daripada pendaki-pendaki, beliau mencatat sejarah menjadikan Cafe Internet tertinggi di dunia.
Siapa Tsering Gyaltsen?
Tsering Gyaltsen bersama datuknya
Jika pernah membaca kisah Ekspedisi Sir Edmund Hillary menawan puncak tertinggi di dunia, puncak Everest. Sir Edmund dan Tenzing Norgay dibantu sherpa Nepal, Gyaltsen Sherpa iaitu datuk kepada Tsering Gyaltsen, yang ikut bersama pada tahun 1953.
Menurut Tsering Gyaltsen, keuntungan yang diperolehinya dari cafe ini akan digunakan dalam projek pembersihan Everest dari ratusan tong sampah yang ditinggalkan pendaki setiap tahun.
Sherpa? seperti juga Gurkha adalah sebutan bagi suku-suku yang tinggal di Nepal. Bila orang Gurkha terkenal karena kemampuan bertempurnya, maka orang Sherpa terkenal karena kemampuannya memandu arah dan kekuatan mendaki gunung. Banyak Sherpa memanfaatkan bakat ini sebagai pemandu dalam pendakian gunung-gunung di Nepal.
Nepal memiliki lapan dari 14 pergunungan tertinggi di dunia. Oleh itu Nepal sentiasa menjadi perhatian ribuan pendaki-pendaki gunung setiap tahun. Aktiviti pendakian merupakan satu sumber pendapatan bagi negara tersebut.
Selamat membaca!
Sunday, March 18, 2012
iPad Baru graphic lebih cantik!
Apple melancarkan ciptaan terbaru, iPad baru. Ia tidak memanggilnya iPad 3 atau iPad HD, Apple hanya memanggil "new iPad". Jadi apa yang istimewa dengan new iPad? Mari kita lihat ciri-ciri dibawah.
Pertama, iPad baru memiliki 9.7 inci Paparan Retina yang padat beresolusi 2048 x 1536 piksel .
Seperti yang ramai ketahui Paparan Standard 326 Retina PPI sesuai pada iPhone 4 dan 4S, tetapi Apple masih menganggap skrin pada iPad baru yang sesuai dengan nama Paparan Retina kerana ia mendakwa bahawa pada jarak operasi yang optimum - kira-kira 10 inci - piksel individu tidak dapat dibezakan.
Secara logiknya, iPad 2 dengan resolusi skrin 1024 x 768 dan PPI dikira daripada 131 juga boleh dianggap sebagai Paparan Retina jika dilihat dari jauh, mungkin 20 inci?
Resolusi iPad baru lebih tinggi daripada Android Tablet HD yang diumumkan baru-baru ini. Sebagai perbandingan, ASUS Transformer Infinity dan Huawei MediaPad 10 FHD resolusi hingga 1920 × 1080.
iPad baru menggunakan pemprosesan A5X yang mempunyai pemprosesan teras quad grafik yang didakwa adalah lebih cepat daripada Nvidia Tegra 3.
Dari segi pengimejan, kamera pada iPad dilengkapi 5MP Apple iSight yang serupa dengan yang terdapat pada iPhone 4S dengan pencahayaan backlit dan keupayaan rakaman video 1080p. Bahagian hadapan kamera untuk Facetime masih tidak berubah.
iPad baru sekarang menyokong 4G LTE serta HSPA + dengan kelajuan sehingga 42Mbps. Kerana ia mampu untuk memanfaatkan rangkaian berkelajuan tinggi. Tambahan iPad baru adalah berkeupayaan untuk berkongsi sambungan dengan WiFi hotspot.
Sebenarnya iPad baru, lebih berat dan tebal pada 652 gram dengan ketebalan 9.4mm untuk versi WiFi. Sebagai perbandingan, iPad 2 berat 601 gram dan 8.8mm tebal. Ketinggian dan lebar peranti di 241.2mm X 185.7mm kekal tidak berubah pada iPad baru dan aksesori yang sedia ada termasuklah Perlindungan Smart masih berfungsi.
iPad baru akan berada di pasaran bermula pada 16 Mac dengan Amerika Syarikat, Kanada, UK, Perancis, Jerman, Switzerland, Jepun, Hong Kong, Singapura & Australia sebagai negara gelombang pertama. Sehingga hari ini Apple tidak ada menyebut Malaysia. Harga tidak berubah pada US499 bagi versi 16GB Versi WiFi dan harga Malaysia tidak banyak beza dari harga semasa tetapi tertakluk kepada kadar pertukaran wang terkini.
Thursday, March 1, 2012
Tips Sebelum Beli LCD, LED dan Plasma.
Dengan reka bentuk pintar, inovatif, TV skrin rata hari ini menawarkan pelbagai saiz, teknologi dan ciri-ciri yang menarik. Sebelum membeli pengguna haruslah bijak membuat beberapa pilihan, dalam menentukan apa yang anda perlukan. Berikut adalah panduan ringkas membantu anda membuat keputusan yang tepat.
LCD atau Liquid Crystal Display menggunakan teknologi sinar cahaya melalui lapisan hablur cecair. Kristal bertindak sama ada menghalang cahaya atau membenarkan bahan itu melalui imej yang terhasil adalah gambar yang dilihat pada paparan tv.
LED dikenali sebagai Light Emitting Diode yang beroperasi menggunakan teknologi yang menyediakan gambar melalui cahaya semikonduktor diod pada skrin.
PLASMA beroperasi dengan teknologi paparan menggunakan sel-sel kecil yang mengandungi cas elektrik gas (xenon dan neon) ter-ion yang dihasilkan, atau apa yang lebih dikenali sebagai lampu pendarfluor.
Dari segi pembuatan TV plasma dikeluarkan oleh beberapa syarikat besar seperti Panasonic, Samsung dan LG. Bersaiz dari 42" hingga kira-kira 65". Panasonic telah mencipta model yang lebih besar bersaiz 150".
TV LCD pula bersaiz dari beberapa inci kepada 80". TV LCD lebih popular dan banyak syarikat televisyen mengeluarkannya. "TV LED" sebenarnya TV LCD, mereka hanya menggunakan LED sebagai sumber cahaya mereka, bukan CCFL tradisional. Kerana mereka cenderung untuk melakukan sedikit perubahan dan dipasarkan cara yang berbeza. Model LED juga cenderung untuk menjadi model akhir yang lebih tinggi kerana kelebihan prestasi mereka.
1. Kecerahan (Brightness)
Pemenang: LED LCDPilihan ke2: CCFL LCD
Tak dapat disangkal lagi, LED LCD TV lebih terang. Sesetengah model mampu lebih 100 footlamberts. Sesuai diletakkan dalam bilik teater filem. CCFL LCD tempat kedua. Plasma tidaklah begitu cerah. Plasma tidak "malap," tetapi tidak secerah LCD. Dalam bilik yang terang (siang hari / cahaya matahari) plasma mungkin sukar untuk dilihat. Plasma lebih selamat untuk ditonton kerana disaluti bahan-bahan antireflective atau antiglare dalam pencahayaan bilik.
2.Black level
Pemenang: Plasma
Pilihan ke2: LED LCD
Plasma masih menawarkan tahap terbaik hitam. Kadang-kadang LED LCD boleh mempunyai tahap hitam yang mutlak (dengan mematikan LED mereka), tetapi apabila anda menonton filem, plasma akan kelihatan lebih gelap. Ini berkaitan dengan nisbah kontras...
3.Nisbah kontras (contrast ratio)
Pemenang: Plasma
Pemenang: Plasma
Pilihan ke2: LED LCD
Sebenarnya, nisbah antara bahagian paling gelap pada imej dan yang terang, adalah salah satu faktor yang paling penting dalam keseluruhan kualiti gambar. Paparan dengan nisbah kontras yang tinggi akan kelihatan lebih realistik, dan mempunyai lebih bersifat virtual "mendalam."
4. Melihat sudut
Penenang: Plasma
Penenang: Plasma
Berapa besar bilik anda? Adakah anda atau orang tersayang duduk di satu sudut, menonton TV? Jika ya, ia adalah penting untuk ambil perhatian bahawa LCD & LED kehilangan kualiti gambar apabila berada "luar paksi," kecuali di hadapan skrin. Oleh itu, Plasma ternyata lebih sesuai dilihat dari mana-mana sudut pandangan. Sesuai untuk menonton "live sport".
5. Penggunaan tenaga
Pemenang: LED LCD
Pemenang: LED LCD
Pilihan ke2: CCFL LCD
LED LCD mempunyai penggunaan tenaga yang paling rendah, terutamanya apabila anda menghidupkan lampu latar. CCFL LCD adalah tempat kedua, dengan adendum yang sama.
Plasma, terutamanya apabila anda menghidupkan kawalan kontras (yang anda perlu bagi mereka untuk mencari yang terbaik), tidak cekap jimatkan tenaga. Jika anda ingin panel yang mesra alam dapatkan LCD tLED. Ia adalah lebih mahal daripada TV lain.
6.Harga
Pemenang: CCFL LCD
Piihan ke2: Plasma
CCFL LCD TV paling murah dan mampu beli. Seperti yang disebutkan tadi, LED adalah teknologi masakini yang menawarkan kepada pengguna high-end. Plasma cenderung mempunyai nisbah saiz / harga yang terbaik.
7.Jangka hayat
Mengikut Kajian dengan pelbagai sumber telah menemui TV panel rata amat dipercayai berbanding CRT.
Kesimpulannya, jika anda bergantung kepada keputusan menang-kalah berdasarkan senarai di atas, maka keputusan anda kurang tepat. Ini kerana citarasa seseorang tidak sama. Ada yang membeli berdasarkan faktor kecerahan dan ada pula kerana black level. Jadi jangan dengar cakap-cakap orang "ia paling terang, ia yang terbaik" atau "LCD black level sungguh teruk". Dengan membaca senarai di atas, saya percaya anda dapat membuat pilihan yang tepat. Jadi, jika anda kerap menonton TV di waktu siang, atau mempunyai bilik yang banyak tingkap, LED LCD mungkin yang terbaik. Jika anda menonton pada malam, dan mahu TV hilang dalam latarbelakang, plasma anda pilihan yang terbaik. Tepuk dada tanyalah selera!
Petikan: Geoffrey Morrison December 19, 2011
Sunday, February 5, 2012
Aku nikahkan suamiku dengan 72 bidadari
Ini adalah sebuah surat yang ditulis oleh saudari kita yang telah merelakan suaminya pergi ke jalan Jihad, berikut curahan hati seorang isteri.
selama waktu penantian, sampai akhirnya mendapatkan khabar kesyahidan suaminya.
Semoga Allah merahmati mereka berdua dan mengumpulkan keduanya kelak di Jannatul Firdaus
**********************
SubhanAllah, apakah ada orang yang ingin untuk berbuat seperti itu?
seorang saudari memberitahukan kita…..
seorang saudari memberitahukan kita…..
dia pergi dan meninggalkan aku, dia pergi ketika aku menghapus air mata.
Ya muslimin ini adalah benar yang mana terjadi pada ku dan aku akan ceritakannya kepadamuaku menikah dengan seorang pemuda, di mana tidak seorangpun didunia ini yang sepertinyasetelah dua bulan pernikahan dia mengatakan padaku bahwa dia mencintai wanita lain dan cintanya pada wanita itu melebihi cintanya padaku.
Aku memikirkan itu dan merenungkannya beberapa saat dan kemudian aku bertanya padanya
“apakah cintamu padanya melebihi cintamu padaku?”
dia menjawab “ya, aku mencintainya melebihi cintaku padamu”
aku pun berkata “Oh suamiku pergilah dan nikahi wanita itu, karena kebahagiaanmu adalah kebahagiaanku dan kesenanganmu adalah kesenanganku”
diapun menjawab, bahwa ia tidak memiliki wang yang cukup untuk menikahi wanita itu.
Aku pun berkata padanya ” ambillah perhiasan yang aku miliki, juallah itu dan kemudian nikahi perempuan yang kau cintai” diapun mengatakan “itu mungkin akan kupenuhi suatu hari nanti” tetapi dedikasiku membuatnya menerima apa yang aku berikan.
Ia mengambilnya dan menjualnya kemudian di berangkat untuk mencari cintanya.
Ia mengambilnya dan menjualnya kemudian di berangkat untuk mencari cintanya.
Dia meninggalkan aku, walaupun itu tidak berlangsung lama setelah kami menikah.
satu bulan berlalu, dua bulan, satu tahun, dua tahun, tiga tahun……….namun suamiku tercinta tidak mengunjungiku.
Dia mengatakan melalui telefon bahwa dia terikat dengan pekerjaan dan dia tidak dapat mengunjungiku.
Aku menyeka air mataku, siang dan malam dengan merasakan kepahitan dari perpisahan
Apakah kau berfikir bahwa aku akan membencinya?
Tidak, aku tidak pernah membencinya. Dia adalah cintaku…aku berdiri disampingnya dan mempercayainya karena dia adalah orang yang benar (beriman) dan menepati janji.
Aku rindukan untuk berbicara dengannya. Pendengaranku sangat senang ketika aku mendengar kata-katanya yang baik, suaranya yang manis (merdu) menenangkan pendengaranku dan tubuhku.
Oh betapa dinginnya hati ini dan tidak berperasaannya dia. Oh betapa dinginnya hati ini dan tidak bijaksananya dia.
Bagaimana beraninya kau itu tanpa berbicara denganku?
Aku tidak dapat berani selama itu, tetapi bagaimanapun lelaki, selalu lebih kuat, mereka lebih berani dan lebih berguna (patut).
Kemudia dia menelefonku. Aku merasa bahawa seluruh dunia berada dalam genggamanku.
aku menyembuyikan suaraku dan suara sengauku untuk menunjukkan padanya bahwa aku tidak sedih. Aku berbicara dan air mata membasahi pipiku.
suaraku menyebabkan berkas kepedihan. Aku menyembunyikan rasa dukaku dalam diriku.
Aku menutup rintihan dan rasa sakitku di dalam empat dinding hatiku.
Aku harus menunjukkan bahwa aku kuat, sehingga aku tidak membuat suamiku sedih.
Lelaki seperti apa dia, yang meninggalkan perempuan yang baru dinikahinya untuk mencari wanita lain?
Perempuan seperti apa dia, yang menjual perhiasannya untuk pernikahan suaminya aku kagum. Aku heran pada kalian berdua….
Dalam hari-hari kegelapan dan kesedihan, tidak ada sebuah hari yang membahagiakan…..
*************Telefon berbunyi, Heyya cepat-cepat mengangkat telefon***********
sebuah suara yang berat “aku ingin berbicara kepada saudari Heyya”
“Ya, aku adalah Heyya”
dia mengatakan “aku seorang ikhwan dari Chechnya, bersabarlah dan berharaplah pada pahala Allah
KARENA SUAMIMU MENINGGAL DALAM KEADAAN SHAHIID SETELAH PERANG YANG SENGIT MELAWAN RUSIA DI CHECHNYA HARI INI
Bersabarlah dan berharaplah akan pahala dari Allah”
aku memegang diriku sendiri dan mengatakan “Alhamdulillah”
aku menutup telefon dan masuk pada sebuah kehisterisan , penderitaan, rasa sakit,
kebahagiaan. Dan semua emosi datang pada saat yang sama.
tetapi ibuku bersedih “Heyya, Heyya, ada apa, siapa yang menelefon?”
Aku tidak dapat mengatakan padanya. Aku menangis dan tertawa
Dia merangkulku dengan berkata “Heyya, katakan padaku apa yang terjadi, tolong”
Dengan cara yang panjang aku katakan pada ibuku “Oh ibuku, siapa yang ingin mengucapkan selamat padaku maka aku terima.
Dan siapa yang ingin meratapi ku maka tidak diperbolehkan masuk ke dalam ruanganku”
Allahhu AKBAR. Yang datang hanyalah sedikit yang mana dapat dihitung dengan jari-jari.
SubhanAllah.
Oh suamiku akhirnya kau menemukan kekasihmu
Oh suamiku kau sekarang pengantin dan kau akan menikah dengan 72 bidadari Hoor ul ayn
Mereka semua lebih cantik dibandingkan dengan Heyya dan lebih menyenangkan dibandingkan dengan Heyya.
Oh suamiku aku berharap aku dapat berbahagi dengan si cantik dan menyenangkan Hoor ul ayn
apakah kau akan melupakan Heyya?
Jangan pernah, aku tidak berfikir bahwa kau dapat melupakan Heyya
Selama tiga tahun aku merasakan kepahitan dari perpisahan kita dan tidak pernah mempercantik mataku
Tetapi aku berharap untuk diriku sendiri, aku berharap untuk diriku sendiri bahwa aku akan menemuimu di syurga Firdaus
Cintaku kau adalah pahlawan dan shahiid InshaAllah!!!
Kau telah meninggalkan rumahmu yang cantik untuk tinggal di dalam hutan dan gua-gua di Chechnya
Dibawah dentuman Bom-bom dan granat-granat. Kau harus meninggalkan seorang perempuan
muda untuk tidur dalam salju dan bukit-bukit.
Aku teringat apa yang kau katakana padaku
“Heyya, aku tidak dapat tidur dengan nyenyak, situasi ini membuat saudari-saudari kita di Chechnya telah direndahkan,
Karena situasi ini-lah hatiku berduka cita dan air mata mengalir dari mataku”
Oh suamiku, kau adalah seoarang lelaki dengan karakter yang baik, nasib yang menimpa umat ini mengganggumu dan kau menyelesaikan kesusahan umat muslimin
Aku mengucapkan selamat kepadamu atas surga bi idhnillah
Aku mengucapkan selamat kepadamu atas persahabatan mu dengan Hamza, Ja’far, Abu bakr, Mus’ab
aku mengucapkan selamat kepadamu atas kehadiranmu bersama nabi kita tercinta nabi Muhammad saw….
Aku berharap untuk mu jalan yang tidak berliku
Aamiin
Dipetik: (saif al battar/arrahmah.com)
Sebarkan!
Raih amal shalih, sebarkan informasi ini...
Sunday, January 22, 2012
Kisah Benar: Akhir hayat penggemar muzik dan pencinta Al-Quran
Semasa masih di bangku sekolah, aku hidup bersama kedua orang tuaku dalam persekitaran yang baik. Aku selalu mendengar doa ibuku semasa aku pulang dari merayau dan berjaga malam. Demikian pula ayahku, solatnya selalu panjang. Aku heran, mengapa ayah solat begitu lama, apalagi pada cuaca dingin yang menyengat tulang.
Aku sungguh hairan. Bahkan hingga aku berkata kepada diri sendiri: “Alangkah sabarnya mereka…setiap hari begitu…benar-benar menghairankan!”
Aku belum tahu bahwa di situlah kebahagiaan orang mukmin, dan itulah solat orang-orang pilihan…Mereka bangkit dari tempat tidurnya untuk bermunajat kepada Allah. Setelah menjalani pendidikan aku menjadi pemuda yang matang. Tetapi diriku semakin jauh dari Allah. Padahal perbagai nasihat selalu kuterima dan kudengar dari masa ke semasa.
Setelah tamat dari pendidikan, aku ditugaskan ke kota yang jauh dari bandarku. Perkenalanku dengan teman-teman sekerja membuatku agak ringan menanggung beban sebagai orang terasing.
Di sana, aku tak mendengar lagi suara bacaan Al-Quran. Tak ada lagi suara ibu yang membangunkan dan menyuruhku solat. Aku benar-benar hidup sendirian, jauh dari lingkungan keluarga yang dulu aku nikmati.
Aku ditugaskan mengatur lalu lintas di sebuah jalan raya bertol. Di samping menjaga keselamatan jalan raya, tugasku membantu orang-orang yang memerlukan bantuan.
Pekerjaan baruku sungguh menyenangkan. Aku lakukan tugas-tugasku dengan semangat dan penuh dedikasi.
Tetapi, hidupku bagai selalu dilanda ombak yang menyebabkan aku terumbang-ambing.
Aku bingung dan sering melamun sendirian…banyak waktu terluang…pengetahuanku terbatas.
Aku mulai jenuh…tak ada yang menuntunku di bidang agama. Aku sebatang kara. Hampir tiap hari yang kusaksikan hanya kemalangan dan orang-orang yang mengadu kehilangan atau bentuk-bentuk penganiayaan lain. Aku bosan dengan rutin lalu lintas. Sampai suatu hari terjadilah suatu peristiwa yang hingga kini tak pernah kulupakan.
Ketika itu, kami dengan seorang kawan sedang bertugas di sebuah pos jalan raya. Kami asyik berbual....tiba-tiba kami dikejutkan oleh suara dentuman yang amat kuat. Kami mengalihkan pandangan. Ternyata, sebuah kereta bertembung dengan kereta lain yang meluncur dari arah berlawanan. Kami segera berlari menuju tempat kejadian untuk menolong.
Kejadian yang sungguh tragik. Kami lihat dua penumpang salah satu kereta daIam keadaan sangat kritikal. Keduanya segera kami keluarkan dari kereta lalu kami baringkan di tanah.
Kami cepat-cepat menuju kereta yang satu lagi. Ternyata pemandu telah terkorban dengan amat mengerikan. Kami kembali lagi kepada dua orang yang berada dalam keadaan koma. Rakanku mengajar mereka mengucapkan kalimat syahadat.
Ucapkanlah “Laailaaha Illallaah…Laailaaha Illallaah…” perintah temanku.
Tetapi sungguh menghairankan, dari mulutnya keluar lagu-lagu. Keadaan itu membuatku seram. Rakanku nampaknya sudah biasa menghadapi orang-orang yang tenat...Kembali ia mengajar orang itu membaca syahadat.
Aku diam membisu. Aku tak berkutik dengan terpinga-pinga. Seumur hidupku, aku belum pernah menyaksikan orang yang sedang tenat, apalagi dengan keadaan seperti ini. Rakanku terus mengajar keduanya mengulang-ulang bacaan syahadat. Tetapi… keduanya tetap terus melantunkan lagu.
Tak ada gunanya…
Suara lagunya semakin lemah…lemah dan lemah sekali. Orang pertama diam, tak bersuara lagi, disusuli orang kedua. Tak ada gerak… keduanya telah meninggal dunia.
Kami segera membawa mereka ke dalam kereta.
Temanku menunduk, ia tak berbicara sepatah pun. Selama perjalanan kami diam, hening.
Kesunyian dipecahkan ketika rakanku memulai perbualan. Ia berbicara tentang hakikat kematian dan su’ul khatimah (kesudahan yang buruk). Ia berkata: “Manusia akan mengakhiri hidupnya dengan baik atau buruk. Kesudahan hidup itu biasanya pertanda dari apa yang dilakukan olehnya selama di dunia”. Ia bercerita panjang lebar padaku tentang berbagai kisah yang diriwayatkan dalam buku-buku agama. Ia juga berbicara bagaimana seseorang akan mengakhiri hidupnya sesuai dengan masa lalunya secara zahir batin.
Perjalanan ke hospital terasa sekejap oleh pembicaraan kami tentang kematian. Perbualan itu makin sempurna gambarannya tatkala ingat kami sedang membawa mayat.
Tiba-tiba aku menjadi takut mati. Peristiwa ini benar-benar memberi pengajaran berharga bagiku. Hari itu, aku solat khusyuk sekali.
Tetapi perlahan-lahan aku mulai melupakan peristiwa itu.
Aku kembali pada kebiasaanku semula…Aku seperti tak permah menyaksikan apa yang menimpa dua orang yang tak kukenal beberapa waktu lalu. Tetapi sejak saat itu, aku memang benar-benar menjadi benci kepada yang namanya lagu-lagu. Aku tak mau tenggelam menikmatinya seperti sedia kala. Mungkin itu ada kaitannya dengan lagu yang pernah kudengar dari dua orang yang sedang tenat dahulu.
* Kejadian Yang Menakjubkan… Selang enam bulan dari peristiwa mengerikan itu…sebuah kejadian menakjubkan kembali terjadi di depan mataku.
Seseorang memandu keretanya dengan perlahan, tetapi tiba-tiba keretanya berhenti di sebuah terowong menuju kota.
Ia turun dari keretanya untuk mengganti tayar yang kempes. Ketika ia berdiri di belakang kereta untuk menurunkan tayar ganti, tiba-tiba sebuah kereta dengan sangat laju merempuhnya dari arah belakang. Lelaki itu pun langsung tersungkur seketika.
Aku dengan seorang kawan, -bukan yang menemaniku pada peristiwa yang pertama- cepat-cepat menuju tempat kejadian. Dia kami bawa dengan kereta dan segera kami menghubungi hospital agar segera mendapat bantuan.
Dia masih muda, dari raut wajahnya, ia kelihatan seorang yang taat menjalankan perintah agama.
Ketika mengangkatnya ke kereta, kami berdua cukup panik, sehingga tak sempat memperhatikan kalau ia menggumamkan sesuatu. Ketika kami membujurkannya di dalam kereta, kami baru boleh membezakan suara yang keluar dari mulutnya.
Ia melantunkan ayat-ayat suci Al-Qur’an…dengan suara amat lemah.
“Subhanallah! ” dalam keadaan kritikal seperti ini, ia masih sempat melantunkan ayat-ayat suci Al-Quran? Darah membasahi seluruh pakaiannya; tulang-tulangnya patah, bahkan ia hampir mati.
Dalam keadaan seperti itu, dia terus melantunkan ayat-ayat Al-Qur’an dengan suaranya yang merdu. Selama hidup aku tak pernah mendengar suara bacaan Al Quran seindah itu. Dalam batin aku bergumam sendirian: “Aku akan mengajar membaca syahadat sebagaimana yang dilakukan oleh temanku terdahulu… apalagi aku sudah punya pengalaman,” aku meyakinkan diriku sendiri.
Aku dan kawanku seperti kena hipnotis mendengarkan suara bacaan Al-Qur’an yang merdu itu. Sekonyong-konyong tubuhku bergerak perlahan-lahan dan menyelusup ke setiap rongga.
Tiba-tiba suara itu berhenti. Aku menoleh ke belakang. Kusaksikan dia mengangkat jari telunjuknya lalu bersyahadat. Kepalanya terkulai, aku melompat ke belakang. Kupegang tangannya, detak jantungnya nafasnya, tidak ada yang terasa. Dia telah meninggal dunia.
Aku lalu memandanginya dekat-dekat, air mataku menitis, kusembunyikan tangisku, takut diketahui kawanku. Kukabarkan kepada kawanku, pemuda itu telah meninggal dunia. Kawanku tak mampu menahan tangisnya. Demikian pula halnya dengan diriku. Aku terus menangis, air mataku deras mengalir. Suasana dalam kereta betul-betul sangat mengharukan.
Sampai di hospital…
Kepada orang-orang di sana kami menceritakan perihal kematian pemuda itu dan peristiwa menjelang kematiannya yang menakjubkan. Banyak orang yang terpengaruh dengan cerita kami, sehingga tak sedikit yang menitiskan air mata. Salah seorang dari mereka, demi mendengar kisahnya, segera menghampiri jenazah dan mencium keningnya.
Semua orang yang hadir memutuskan untuk tidak berganjak sebelum mengetahui secara pasti bila, jenazah akan disolatkan. Mereka ingin memberi penghormatan terakhir kepada jenazah, semua ingin ikut menyolatinya.
Salah seorang petugas hospital menghubungi rumah almarhum. Kami ikut menghantarkan jenazah hingga ke rumah keluarganya. Salah seorang saudaranya menceritakan ketika kemalangan, sebetulnya almarhum hendak menjenguk neneknya di desa. Pekerjaan itu rutin ia lakukan setiap hari Isnin. Di sana, almarhum juga membantu para janda, anak yatim dan orang-orang miskin. Ketika terjadi kemalangan, keretanya penuh dengan beras, gula, buah-buahan dan barang-barang keperluan utama lainnya. Ia juga tak lupa membawa buku-buku agama dan kaset-kaset pengajian. Semua itu untuk dibahagi-bahagikan kepada orang-orang yang ia beri pertolongan. Bahkan ia juga membawa gula-gula untuk dibahagi-bahagikan kepada anak-anak kecil.
Bila ada yang mengeluhkan-padanya tentang kejenuhan dalam perjalanan, ia menjawab dengan halus. “Justeru saya memanfaatkan waktu perjalananku dengan menghafal dan mengulang-ulang bacaan Al-Qur’an, juga dengan mendengarkan kaset-kaset pengajian, aku mengharap ridha Allah pada setiap langkah kaki yang aku hayunkan,” kata almarhum.
Aku ikut menyolati jenazah dan menghantarnya sampai ke kubur.
Dalam liang lahat yang sempit, almarhum dikebumikan. Wajahnya dihadapkan ke kiblat.
“Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah”.
Pelan-pelan, kami menimbuninya dengan tanah…Mintalah kepada Allah keteguhan hati saudaramu, sesungguhnya dia akan ditanya…
Almarhum menghadapi hari pertamanya dari hari-hari akhirat…
Dan aku… sungguh seakan-akan sedang menghadapi hari pertamaku di dunia. Aku benar-benar bertaubat dari kebiasaan burukku. Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa-dosaku di masa lalu dan meneguhkanku untuk tetap mentaatinya, memberiku kesudahan hidup yang baik (khusnul khatimah) serta menjadikan kuburku dan kubur kaum muslimin sebagai taman-taman Surga. Amin…(Azzamul Qaadim, hal 36-42)
Sumber : Alrahmah.com dan [“Saudariku Apa yang Menghalangimu Untuk Berhijab”; judul asli Kesudahan yang Berlawanan; Asy Syaikh Abdul Hamid Al-Bilaly; Penerbit : Akafa Press Hal. 48]
Sebar-sebarkah untuk kebaikan kita semua! ---ingat-ingatkanlah, tegur-tegurlah jika saya juga terlupa akan Yang Maha Kuasa. Insyallah.
Saturday, January 14, 2012
Bagaimana Mencipta Kata Laluan Lebih Kukuh dan Selamat?
Sejak kebelakangan ini sering kendengaran isu pencerobohan komputer, laptop, emel, dan akaun Facebook.
Hari ini saya ingin berkongsi maklumat bagaimana anda boleh mencipta kata
laluan yang lebih selamat semasa
online ataupun offline.
Di sini saya ingin memperkenalkan satu perisian yang mudah digunakan untuk mencipta kata laluan yang
selamat, kukuh dan sukar untuk dipecahkan,
Password Inventor 1.0.
Ianya PERCUMA! dan
mempunyai ciri-ciri yang menarik.
Sebelum itu, anda harus download perisian terlebih dahulu.
1. Muat turun fail perisian Password Inventor 1.0. Klik di sini.
Atau pun taip di URL anda http://www.kxsoft.ru/proj.php?id=5
(jika anda ke website ianya dalam bahasa Rusia jadi anda harus translate ke English, guna Google Chrome)
2. Fail yang telah dimuat turun diperoleh dalam bentuk termampat (zip).
Jadi perlu di ekstrak sahaja.Selepas diekstrak klik pada fail yang berlabel PInventor.exe untuk mengaktifkan perisian ini sekaligus memaparkan tetingkap utamanya.
Anda akan mudah faham kerana perisian ini bercirikan user friendly. Anda boleh membina kata laluan / password berdasarkan kategori seperti Simple, Pattern, Pronounceable dan List.
- Melalui kategori Simple seperti gambar 1 di atas, anda boleh mencipta password sendiri. Anda boleh menentukan panjangnya, huruf kecil atau besar, nombor dan aksara khas. Kemudian klik butang Generate untuk mencipta password. Siap!
- Dalam kategori Pattern pula anda boleh menjana password mengikut corak yang diingini. Caranya, dengan mengisi teks/aksara pada ruang berlabel Pattern. Selepas itu, klik butang Generate untuk mendapatkan hasilnya.
- Anda boleh mengklik kategori Pronounceable. Ia bermaksud mencipta password yang mudah disebut. Seperti katagori Simple terpulanglah kepada anda memilih ciri-ciri yang sesuai dengan citarasa anda.
- Seterusnya dalam kategori List pula, anda boleh mencipta password secara rawak.
- Jika perlu, anda boleh membuat ketetapan lain dalam kategori Settings seperti pilihan untuk mengosongkan ruang 'clipboard'.
Mari Lakukan Secara Praktikal!
Sekarang kita boleh mencipta kata laluan berdasarkan kategori yang kita suka.
1. Misalnya melalui kategori Simple anda boleh menggunakan semua atau sebahagian pilihan yang ada seperti dibawah.
2. Katogeri Pattern anda boleh meletakkan apa sahaja yang bersesuai dengan kehendak anda. Contohnya saya masukan BLOGInformasi. Saya menggabungkan dua perkataan berhuruf besar dan huruf kecil. Perhatian: elakkan meninggalkan ruang kosong diantara perkataan-perkataan. Selepas itu anda tekan butang Generate. Lihat hasilnya.
3. Jika anda ingin membina password berdasarkan perkataan yang senang disebut, maka anda boleh memilih kategori Pronounceable. Anda boleh pilih panjang perkataan 20 dan keatas.
4. Jika anda ingin mencipta sejumlah kata laluan secara rambang, sila gunakan kategori List.
Count: 25 bermaksud anda disediakan 25 kata laluan dalam satu senarai panjang.
Password yang terhasil nanti boleh disalin atau disimpan (save).
Diharap pembaca-pembaca yang bijaksana dapat mempraktikkan sumber maklumat ini untuk kebaikan bersama. Boleh juga berikan pada teman, sahabat, saudara atau sesiapa sahaja.
Tiada jaminan bahawa dengan menggunakan kaedah yang telah diterapkan ini seratus peratus dapat melindungi akaun PC atau Internet anda daripada penceroboh. Tetapi dengan penggunaan ini sekurang-kurangnya, sedikit sebanyak dapat memperketatkan tahap keselamatan pc, email atau akaun facebook anda.
Selamat Mempraktikkan Password Inventor 1.0!
Sumber: Majalah PC
Thursday, December 29, 2011
Ulangtahun Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF
Anda masih ingat lagi tak tarikh hari ini? Rasa macam baru saja gantung Jalur Gemilang di beranda. Hari ini adalah genap satu tahun pasukan bolasepak Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF. Kejohanan berlangsung pada 1 hingga 29 Disember 2010.
Ia merupakan detik bersejarah di mana kita sebelum ini tidak pernah menjadi juara iaitu sejak kejohanan ini dianjurkan.
Lebih manis, kejayaan yang kita perolehi bagaikan sesuatu yang "miracle". Kita dibelasah oleh Indonesia 5-1 pada perlawanan pembukaan. Seri dengan Thailand tanpa jaringan dan kalahkan Laos dalam peringkat kumpulan.
Perjalanan Harimau Malaya pada Piala Suzuki AFF 2010.
Kemenangan Malaysia menewaskan Vietnam pada separuh akhir pusingan pertama merupakan "turning point" penting, kerana pasukan harimau Malaya tidak menoleh kebelakang, terus mara dan terus kehadapan. Tambah istimewa lagi, apabila kita mengalahkan musuh tradisi Indonesia 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah pertanda positif kemajuan berterusan... walaupun tewas di perlawanan akhir kedua di Indonesia kita menang agregate 4-2 dan diisytiharkan JUARA.
Perjalanan bolasepak Malaysia masih jauuhhhhhh......
Untuk duduk sebaris dengan Korea Selatan, Jepun, Iran, Australia banyak kekurangan yang harus diperbaiki. Apa yang penting ialah pembangunan dari peringkat sekolah mesti dipergiatkan. Jika tidak kita hanya mampu menonton di peti televisyen melihat pasukan lain bermain di World Cup. Bagi peminat-peminat, pemain, sesiapa sahaja yang gilakan bolasepak...melayakkan diri ke pusingan Akhir World Cup adalah segala-galanya. 10 piala AFF atau 10 pingat emas Olimpik, emas apapun takkan sama dengan sekali bermain di World Cup.
Harapan saya suatu hari nanti dapat beli tiket yang tertera perkataan MALAYSIA VS........di pentas World Cup biarpun memakan masa dan menelan ribuan wang ringgit. Kalau rakyat Brazil sanggup menggadaikan tanah, rumah dan ladang semata-mata untuk memberi bersama-sama memberi sokongan kepada pasukan negara mereka, kenapa tidak kita rakyat MALAYSIA pun BOLEH!
Oleh itu kejayaan semalam kekal dalam lipatan sejarah, hari ini kita harus melipatgandakan lagi usaha. Sokongan dari semua pihak seperti pemain, pengurusan, FAM, FA negeri dan pihak swasta amat penting untuk mempastikan hasrat rakyat tercapai.
Semoga Ngauman Harimau Malaya akan kedengaran hingga ke seluruh dunia. Insyallah!
Monday, December 19, 2011
Paypal Memudahkan Pembelian dan Urusniaga Online!
Penggunaan Paypal di Malaysia semakin meningkat terutama kepada mereka yang membabitkan diri dalam pembelian di Internet. Paypal memudahkan anda membuat pembayaran, menerima pembayaran dari pelanggan anda secara online.
Ramai yang memilih menggunakan Paypal adalah kerana dasar keselamatan yang ketat melindungi maklumat akaun pengguna kad kredit dan kad debit daripada terdedah kepada pihak lain. Paypal merupakan online banking dan online kad debit. Dengan adanya Paypal anda boleh berbelanja, asalkan ada duit dalam akaun.
Apakah kelebihan Paypal?
1. Ia diiktiraf oleh Bank Negara dan kebanyakan bank-bank di seluruh dunia.
Paypal digunakan dengan meluas di seluruh dunia.
2. Paypal melindungi maklumat kredit dan debit kad anda.
3. Paypal memudahkan menerima pembayaran kerana hanya menggunakan 'email address'
sebagai nombor akaun.
4. Pembeli senang membuat pembayaran dengan hanya klik banner pada website.
5. Proses withdraw yang cepat hanya mengambil masa 3 atau 4 hari daripada Paypal ke akaun bank anda.
6. Pendaftaran akaun Paypal adalah percuma! Klik disini.
Sebelum anda membuka akaun Paypal anda perlu memiliki satu 'e-banking' biasa seperti Maybank2u atau CIMBClicks.
1. Buka akaun Maybank2u.
2. Daftarkan menggunakan ATM card yang bergambar buah cerry merah. (debit card).
3. Pergi kemana-mana cawangan Maybank dan minta mereka membantu daftar Maybank2u anda
dan ikut arahan mereka.
4. Minta mereka aktifkan MSOS (Maybank Secure Online Shopping).
5. Apabila selesai semua tadi, anda sudah boleh menggunakan Maybank2u. Klik disi ke web rasmi.
Langkah-langkah membuka akaun Paypal
1. Untuk pendaftaran akaun Paypal. Klik di sini.
2. Klik Sign Up Today.
3. Pilih Premier
4. Klik Get Started.
5. Lihat video untuk penjelasan lebih lanjut.
Selamt Mencuba!




10:47 AM
Nizam




















