Saturday, May 5, 2012

Internet Cafe Tertinggi Dunia



Perkembangan teknologi komunikasi semakin memuncak tidak kira di mana sahaja, di bandar, desa, hutan, lautan, malah di puncak gunung merupakan satu keperluan yang patut disediakan.

Memandangkan setiap tahun ribuan pendaki dan pencinta alam singgah di Base Camp yang terletak di ketinggian 5303 meter. Ramai pendaki atau peserta ekspedisi yang pergi ke Himalaya membawa telefon satelit yang digunakan untuk akses Internet ataupun untuk menghubungi keluarga di rumah.



Walau bagaimanapun, tidak ramai di kalangan pendaki yang membawa telefon satelit. Tambahan pula kemudahan telefon terdekat memakan masa 4 hari perjalanan ke bawah. Maka Tsering Gyaltsen mengambil satu langkah ke hadapan yang ramai tidak terfikir untuk membina Internet Cafe. Beliau menggunakan jaringan satelit dan gelombang radio untuk akses Internet. Manakala, tenaga suria matahari dan generator dimanfaatkan untuk menjanakan komputer-komputernya. Selain memperoleh keuntungan daripada pendaki-pendaki, beliau mencatat sejarah menjadikan Cafe Internet tertinggi di dunia.

Siapa Tsering Gyaltsen?
Tsering Gyaltsen bersama datuknya

Jika pernah membaca kisah Ekspedisi Sir Edmund Hillary menawan puncak tertinggi di dunia, puncak Everest. Sir Edmund dan Tenzing Norgay dibantu sherpa Nepal, Gyaltsen Sherpa iaitu datuk kepada Tsering Gyaltsen, yang ikut bersama pada tahun 1953. 

Menurut Tsering Gyaltsen, keuntungan yang diperolehinya dari cafe ini akan digunakan dalam projek pembersihan Everest dari ratusan tong sampah yang ditinggalkan pendaki setiap tahun.

Sherpa? seperti juga Gurkha adalah sebutan bagi suku-suku yang tinggal di Nepal. Bila orang Gurkha terkenal karena kemampuan bertempurnya, maka orang Sherpa terkenal karena kemampuannya memandu arah dan kekuatan mendaki gunung. Banyak Sherpa memanfaatkan bakat ini sebagai pemandu dalam pendakian gunung-gunung di Nepal.

Nepal memiliki lapan dari 14 pergunungan tertinggi di dunia. Oleh itu Nepal sentiasa menjadi perhatian ribuan pendaki-pendaki gunung setiap tahun. Aktiviti pendakian merupakan satu sumber pendapatan bagi negara tersebut.

Selamat membaca! 






 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India