Thursday, December 29, 2011

Ulangtahun Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF



Anda masih ingat lagi tak tarikh hari ini? Rasa macam baru saja gantung Jalur Gemilang di beranda. Hari ini adalah genap satu tahun pasukan bolasepak Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF. Kejohanan berlangsung pada 1 hingga 29 Disember 2010. 

Ia merupakan detik bersejarah di mana kita sebelum ini tidak pernah menjadi juara iaitu sejak kejohanan ini dianjurkan. 

Lebih manis, kejayaan yang kita perolehi bagaikan sesuatu yang "miracle". Kita dibelasah oleh Indonesia 5-1 pada perlawanan pembukaan. Seri dengan Thailand tanpa jaringan dan kalahkan Laos dalam peringkat kumpulan.

Perjalanan Harimau Malaya pada Piala Suzuki AFF 2010.

Kemenangan Malaysia menewaskan Vietnam pada separuh akhir pusingan pertama merupakan "turning point" penting, kerana pasukan harimau Malaya tidak menoleh kebelakang, terus mara dan terus kehadapan. Tambah istimewa lagi, apabila kita mengalahkan musuh tradisi Indonesia 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah pertanda positif kemajuan berterusan... walaupun tewas di perlawanan akhir kedua di Indonesia kita menang agregate 4-2 dan diisytiharkan JUARA.

Perjalanan bolasepak Malaysia masih jauuhhhhhh......

Untuk duduk sebaris dengan Korea Selatan, Jepun, Iran, Australia banyak kekurangan yang harus diperbaiki. Apa yang penting ialah pembangunan dari peringkat sekolah mesti dipergiatkan. Jika tidak kita hanya mampu menonton di peti televisyen melihat pasukan lain bermain di World Cup. Bagi peminat-peminat, pemain, sesiapa sahaja yang gilakan bolasepak...melayakkan diri ke pusingan Akhir World Cup adalah segala-galanya. 10 piala AFF atau 10 pingat emas Olimpik, emas apapun takkan sama dengan sekali bermain di World Cup. 

Harapan saya suatu hari nanti dapat beli tiket yang tertera perkataan MALAYSIA VS........di pentas World Cup biarpun memakan masa dan menelan ribuan wang ringgit. Kalau rakyat Brazil sanggup menggadaikan tanah, rumah dan ladang semata-mata untuk memberi bersama-sama memberi sokongan kepada pasukan negara mereka, kenapa tidak kita rakyat MALAYSIA pun BOLEH

Oleh itu kejayaan semalam kekal dalam lipatan sejarah, hari ini kita harus melipatgandakan lagi usaha. Sokongan dari semua pihak seperti pemain, pengurusan, FAM, FA negeri dan pihak swasta amat penting untuk mempastikan hasrat rakyat tercapai. 

Semoga Ngauman Harimau Malaya akan kedengaran hingga ke seluruh dunia. Insyallah!



0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India