Friday, February 24, 2012

AWAS "Aplikasi Remove Facebook Timeline"


Sejak dilancarkan pada akhir September 2011, Facebook Timeline menimbulkan pelbagai perasaan yang bercampur-baur di kalangan pengguna-penggunanya. Ada yang suka dengan interface dan securitynya dan terdapat juga yang ingin kembali kepada rupa bentuk profil lama. Walaupun Facebook Timeline mempunyai lebih 800 juta pengguna rangkaian sosial, ia terdedah kepada sindiket penipuan (scam) yang mengambil peluang terhadap pengguna yang tidak suka dengan Fb Timeline.

Sebenarnya, masih ramai yang kurang tahu terdapat banyak sindiket penipuan yang berleluasa di Internet. Mereka cuba menyakinkan pengguna Facebook Timeline bahawa mereka boleh kembali kepada rupa Facebook yang asal.

Sebagai contoh mereka menggunakan gelaran seperti "Remove Timeline FB". Ia boleh diperolehi dengan mudah melalui fungsi carian Facebook.

Dengan klik ‘LIKE Page Remove FB’ maka, pengguna secara tidak sengaja membenarkan penipu untuk mengakses profil Facebook dan menghantar mesej spam dengan pautan secara automatik yang akhirnya memberi pulangan wang kepada kumpulan sindiket penipuan ini selepas seseorang klik pada pautan.

Laman Keselamatan Facebook utama tidak memberi amaran kepada pengguna tentang penipuan ini kerana pihak pengurusan Facebook belum mengeluarkan kenyataan rasmi (setakat ini) untuk memberitahu pengguna bahawa Timeline tidak boleh dinyahaktifkan apabila ciri tersebut telah diaktifkan pada profil pengguna. Walau bagaimanapun, seperti yang diketahui hari ini, Facebook Timeline memang tidak boleh dikembalikan kepada asal.

Perhatian:
Pengguna yang merasa mereka telah diceroboh boleh klik pada butang 'Report Page' yang terletak dibahagian bawah sebelah kiri halaman.




sumber:
www.insidefacebook.com
www.digitaltrends.com

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India