Saturday, January 14, 2012

Bagaimana Mencipta Kata Laluan Lebih Kukuh dan Selamat?



Sejak kebelakangan ini sering kendengaran isu pencerobohan komputer, laptop, emel, dan akaun Facebook

Hari ini saya ingin berkongsi maklumat bagaimana anda boleh mencipta kata
 laluan yang lebih selamat semasa
 online ataupun offline.


Di sini saya ingin memperkenalkan satu perisian yang mudah digunakan untuk mencipta kata laluan yang
selamat, kukuh dan sukar untuk dipecahkan, 
Password Inventor 1.0. 
Ianya PERCUMA! dan 
mempunyai ciri-ciri yang menarik.

Sebelum itu, anda harus download perisian terlebih dahulu.

1. Muat turun fail perisian Password Inventor 1.0. Klik di sini.
Atau pun taip di URL anda   http://www.kxsoft.ru/proj.php?id=5
(jika anda ke website ianya dalam bahasa Rusia jadi anda harus translate ke English, guna Google Chrome)

2. Fail yang telah dimuat turun diperoleh dalam bentuk termampat (zip).

Jadi perlu di ekstrak sahaja.Selepas diekstrak klik pada fail yang berlabel PInventor.exe untuk mengaktifkan perisian ini sekaligus memaparkan tetingkap utamanya.

Anda akan mudah faham kerana perisian ini bercirikan user friendly. Anda boleh membina kata laluan / password berdasarkan  kategori seperti Simple, Pattern, Pronounceable dan List.


  • Melalui kategori Simple seperti gambar 1 di atas, anda boleh mencipta password sendiri. Anda boleh menentukan panjangnya, huruf kecil atau besar, nombor dan aksara khas. Kemudian klik butang Generate untuk mencipta password. Siap!
  • Dalam kategori Pattern pula anda boleh menjana password mengikut corak yang diingini. Caranya, dengan mengisi teks/aksara pada ruang berlabel Pattern. Selepas itu, klik butang Generate untuk mendapatkan hasilnya.
  • Anda boleh mengklik kategori Pronounceable. Ia bermaksud mencipta password yang mudah disebut. Seperti katagori Simple terpulanglah kepada anda memilih ciri-ciri yang sesuai dengan citarasa anda.
  • Seterusnya dalam kategori List pula, anda boleh mencipta password secara rawak.
  • Jika perlu, anda boleh membuat ketetapan lain dalam kategori Settings seperti pilihan untuk mengosongkan ruang 'clipboard'.

Mari Lakukan Secara Praktikal!
Sekarang kita boleh mencipta kata laluan berdasarkan kategori yang kita suka.

1.  Misalnya melalui kategori Simple anda boleh menggunakan semua atau sebahagian pilihan yang ada seperti dibawah.


2. Katogeri Pattern anda boleh meletakkan apa sahaja yang bersesuai dengan kehendak anda. Contohnya saya masukan BLOGInformasi. Saya menggabungkan dua perkataan berhuruf besar dan huruf kecil. Perhatian: elakkan meninggalkan ruang kosong diantara perkataan-perkataan. Selepas itu anda tekan butang Generate. Lihat hasilnya.



3. Jika anda ingin membina password berdasarkan perkataan yang senang disebut, maka anda boleh memilih kategori Pronounceable. Anda boleh pilih panjang perkataan 20 dan keatas. 


4. Jika anda ingin mencipta sejumlah kata laluan secara rambang, sila gunakan kategori List
Count: 25 bermaksud anda disediakan 25 kata laluan dalam satu senarai panjang.
Password yang terhasil nanti boleh disalin atau disimpan (save).


Diharap pembaca-pembaca yang bijaksana dapat mempraktikkan sumber maklumat ini untuk kebaikan bersama. Boleh juga berikan pada teman, sahabat, saudara atau sesiapa sahaja.

Tiada jaminan bahawa dengan menggunakan kaedah yang telah diterapkan ini seratus peratus dapat melindungi akaun PC atau Internet anda daripada penceroboh. Tetapi dengan penggunaan ini sekurang-kurangnya, sedikit sebanyak dapat memperketatkan tahap keselamatan pc, email atau akaun facebook anda. 

Selamat Mempraktikkan Password Inventor 1.0!


Sumber: Majalah PC

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India