Thursday, January 19, 2012

Sekeping Ubat Nyamuk bersamaan 100 batang rokok


Sudah menjadi amalan dari zaman berzaman masyarakat Malaysia membakar ubat nyamuk untuk menghalau nyamuk. Tak kira di bandar atau kampung masih meneruskan aktiviti sehingga hari ini. Tetapi, tahukah anda bahawa asap yang dilepaskan oleh ubat nyamuk boleh mendatang penyakit berbahaya?

Ini dibuktikan hasil kajian bahawa asap dari sekeping ubat nyamuk yang dibakar sama bahayanya dengan asap dari 100 batang rokok. 

Pendapat ini disuarakan oleh pengarah Chest Reasearch Foundation sewaktu persidangan   'Air Polution and Our Health' yang diselenggarakan oleh Centre for Science and Enfironment bersama dengan Indian Medical Association dan Indian Council for Medical Reasearch.

Sebatang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4000 bahan kimia beracun. "Tar" sahaja sekurang-kurangnya mengandungi 43 bahan kimia penyebab kanser (karsinogen), karbon monoksida, hidrogen sianida, logam berat dan radikal bebas, semua itu terkandung dalam sebatang rokok.

Selain bahan kimia seperti diatas, hidrokarbon, nitrit oksida, asid organik, fenol, dan bahan bahan oksida juga terdapat dalam asap rokok. Radikal bebas merupakan bahan kimia reaktif, yang mampu mengakibatkan kerosakan pada otot jantung dan juga pembuluh darah.

Menurut Sanjeev Bagai (ketua eksekutif) Hospital Batra, masalah pencemaran alam sekitar akibat kenderaan merupakan masalah utama. Tetapi, peningkatan kes-kes insiden "gangguan genetik" adalah disebabkan pencemaran udara. Akibatnya di India setiap tahun kehilangan 1 juta kanak-kanak di bawah umur 5 tahun akibat masalah pernafasan.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India