Thursday, December 15, 2011

Keburukan Handphone kepada Pengguna?

Penggunaan telefon bimbit atau handphone bertambah setiap hari. Remaja merupakan golongan yang paling ramai menggunakan media komunikasi ini. Dianggarkan lebih 570 juta pengguna handphone seluruh dunia. Pengguna handphone dijangka meningkat kepada 1.4 bilion dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Walaupun terdapat kajian-kajian yang telah dijalankan membuktikan kesan-kesan negatif daripada handphone ke atas tubuh badan kita, namun ia tidak mengurangkan kadar peningkatan pembelian handphone setiap tahun.

Saya sendiri tidak dapat lari daripada menggunakan handphone kerana ia merupakan alat komunikasi yang mudah dibawa, ringan, penyediaan ciri-ciri multimedia, internet, mp3, sms dan banyak lagi. Tetapi, sama ada kita sedar atau tidak handphone itu sendiri merupakan senjata senyap yang memudaratkan kesihatan kita.

1. Kerosakkan Struktur DNA Kanak-kanak
Kajian yang dilakukan oleh University of Washington, Seattle USA, pada tahun 1996 telah menemui EMR yang dikeluarkan oleh handphone terbukti menyebabkan kerosakan pada struktur DNA. Ibu bapa adalah disarankan tidak memberi handphone kepada anak-anak yang berusia 8 tahun ke bawah.

2. Menyebabkan Tumor Otak
Menurut satu kajian yang dilakukan oleh National Radiology Protection Board, England, mengatakan radiasi elektronik magnetik yang dihasilkan oleh handphone menyebabkan tumor otak. Kesan radiasi ini merbahaya kerana otak kanak-kanak sedang berkembang. Jangka masa tumor otak membesar dalam badan kira-kira 30 hingga 40 tahun.

3. Menyebabkan Kanser
Pengkaji dari Jerman, yang melakukan kajian kesan radiasi oleh handphone ke atas sel-sel badan manusia dan haiwan. Keputusan kajian menunjukkan kesan kemusnahan sel-sel. Level radiasi yang digunakan untuk kajian sekitar 0.3 hingga 2 Watt. Manakala kebanyakkan trasmit signal radio atau SAR (Specific Absorption Radio) sekitar 0.5 hingga 1 Watt. SAR adalah purata nilai maksimum kuasa tenaga radio yang boleh diserap oleh badan manusia. Oleh itu, International Commission of Non Ionizing Radiation Protection telah menyarankan had SAR pada handphone adalah tidak lebih daripada 2 Watt.

4. Selain daripada kesan-kesan diatas, handphone juga boleh menyebabkan beberapa penyakit kronik seperti tumor telinga, kanser otak, kerosakan penghasil sperma sehingga 30% dan banyak lagi.

Jadi, bagaimana kesan-kesan negatif handphone pada tubuh badan dapat dikurangkan? Antaranya seperti berikut:-
  1. Jangan beri handphone kepada kanak-kanak
  2. Wanita mengandung sepatutnya menggunakan telepon biasa. Guna handphone dalam waktu kecemasan sahaja.
  3. Jauhkan dari badan semasa menggunakan handphone.
  4. Elakkan membawa handphone dalam poket setiap masa.
  5. Elakkan bercakap dengan seseorang terlalu lama.
  6. Elakkan guna handphone apabila signal rendah.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India