Wednesday, December 7, 2011
Teknologi Garisan Gol Pada World Cup 2014
Presiden FIFA Sepp Blatter berjanji teknologi garisan gol akan digunakan pada World Cup 2014 di Brazil, atas desakan peminat-peminat bolasepak supaya pihaknya memperbaiki kesilapan berprofil tinggi.
Teknologi ini dapat mengukur dengan lebih tepat, pantas dan tidak rumit sama ada bola masuk atau tidak bagi mengurangkan kontroversi. Blatter tertekan kerana isu gol yang dinafikan semasa England menentang Jerman pada World Cup 2010 lalu, dimana England tewas 4-1.
FIFA telah mencuba Teknologi Hawk-Eye dan Goalminder pada bulan lepas di England.
"Brazil 2014 akan mempunyai teknologi untuk menghalang 'gol hantu'. Kami sedang mempertimbangkan dua sistem yang baik sesuai dengan keperluan pertandingan iaitu menekankan aspek ketepatan, kepantasan, dan tidak rumit," menurut Blatter kepada El Mundo Deportivo.
Adakah teknologi ini mampu menghilangkan rasa tidak puas hati selama ini? Adakah perlawanan bolasepak sudah tak menarik lagi untuk ditonton? Jawaban ada pada anda ?
0 comments:
Post a Comment