Saturday, December 24, 2011

Tips Mengelakkan Laman Facebook Palsu!

Facebook (fb) merupakan laman rangkaian sosial yang paling popular masakini dianggotai jutaan pengguna tua dan muda dari seluruh dunia.


Tahukah anda terdapat banyak website palsu di Internet? Laman-laman web palsu tidak hanya membuat beberapa salinan dan memuatkan kandungan yang tidak dibenarkan. Tetapi, juga termasuk beberapa ‘kod’ berniat jahat yang boleh membahayakan pengguna pada bila-bila masa.

Hackers menyediakan laman fb yang seakan-akan sama pada mata kasar kita. Sekali kita mengisi username, password dan enter...akaun fb kita sudah dimasuki mereka. Segala yang ada dalam akaun fb dikawal oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Apa yang saya luahkan ini hasil pembacaan dan pengalaman orang-orang yang saya kenali pernah mengalaminya. Betapa sukar hidup mereka, apabila profil peribadi dikuasai oleh individu-individu yang tak pernah dikenali. Golongan Hackers menyamar sebagai yang empunya fb seterusnya memporak perandakan rumah tangga, persahabatan dan persaudaraan.

Bagaimana nak tahu fb palsu atau yang original?

           1. Menggunakan nama sama seperti fb. Contohnya: m-facebook.com.
              Jelas sekali nama domain yang  berbeza.

           2. Berhati-hati dengan hosting dan domain percuma yang memudahkan 
               Hackers mencelah  masuk ke akaun fb.

Untuk mengelakkan daripada ianya berlaku keatas anda dan kenalan anda. Beberapa factor harus diambil kira.

1.    Pastikan menaip setiap kali masuk ke facebook di URL:
     www.facebook.com 
     jangan sekali-kali masuk menggunakan url lain.

2.    Bila bermain di cyber cafe, elakkan menanda pangkah “Biarkan saya tetap masuk” / “Keep me logged in” yang ada dibawah kotak isian e-mel atau “Remember me” pada waktu login, kerana ia boleh menyimpan nama dan password di komputer tersebut.

3.    Jika anda diminta login lagi, setelah login yang pertama berjaya masuk, hendaklah anda mencurigainya.

4.    Web of Trust (WOT) 


   WOT  adalah alat yang selamat untuk melayari internet. Ia mempunyai symbol Kedudukan Trafik Bercahaya yang menunjukkan laman web yang anda boleh percayai untuk melayari internet secara selamat, membeli-belah dan mencari sesuatu di web. Anda boleh dengan mudah dapat melihat amaran lampu merah     dari ikon addon. Untuk mencubanya, Klik disini WOT menggunakan Google Chrome.

5.  Google Instant Preview


Jika anda mencari menggunakan Google, anda boleh lihat icon alatan pencarian spt >> bersebelahan senarai keputusan pencarian pada mukasurat itu. Jika anda gerakkan tetikus diatasnya, ia memaparkan preview sahaja tanpa pergi ke website sebenar. Dengan ini, dapat mengelakkan laman web palsu.

Google Chrome akan memaparkan amaran kandungan malware jika website tersebut diserang oleh ‘kod Malware’ atau laman web palsu. Anda dinasihatkan menggunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox. Elakkan melayari Internet menggunakan Internet Explorer.

Insyallah, panduan serba ringkas dan tak berapa lengkap ini diharap dapat membantu anda. Mungkin anda ada info tambahan yang boleh dikongsi bersama, saya amat mengalu-alukan. 

Keselamatan Milik Semua!




0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India