Monday, December 19, 2011

Paypal Memudahkan Pembelian dan Urusniaga Online!


Penggunaan Paypal di Malaysia semakin meningkat terutama kepada mereka yang membabitkan diri dalam pembelian di Internet. Paypal memudahkan anda membuat pembayaran, menerima pembayaran dari pelanggan anda secara online.


Ramai yang memilih menggunakan Paypal adalah kerana dasar keselamatan yang ketat melindungi maklumat akaun pengguna kad kredit dan kad debit daripada terdedah kepada pihak lain. Paypal merupakan online banking dan online kad debit. Dengan adanya Paypal anda boleh berbelanja, asalkan ada duit dalam akaun.

Apakah kelebihan Paypal?
1. Ia diiktiraf oleh Bank Negara dan kebanyakan bank-bank di seluruh dunia.
    Paypal digunakan dengan meluas di seluruh dunia.
2. Paypal melindungi maklumat kredit dan debit kad anda.
3. Paypal memudahkan menerima pembayaran kerana hanya menggunakan 'email address'
    sebagai nombor akaun.
4. Pembeli senang membuat pembayaran dengan hanya klik banner pada website.
5. Proses withdraw yang cepat hanya mengambil masa 3 atau 4 hari daripada Paypal ke akaun bank anda.
6. Pendaftaran akaun Paypal adalah percuma! Klik disini.

Sebelum anda membuka akaun Paypal anda perlu memiliki satu 'e-banking' biasa seperti Maybank2u atau CIMBClicks.

1. Buka akaun Maybank2u.
2. Daftarkan menggunakan ATM card yang bergambar buah cerry merah. (debit card).
3. Pergi kemana-mana cawangan Maybank dan minta mereka membantu daftar Maybank2u anda
    dan ikut arahan mereka.
4. Minta mereka aktifkan MSOS (Maybank Secure Online Shopping).
5. Apabila selesai semua tadi, anda sudah boleh menggunakan Maybank2u. Klik disi ke web rasmi.


Langkah-langkah membuka akaun Paypal
1. Untuk pendaftaran akaun Paypal. Klik di sini.
2. Klik Sign Up Today.
3. Pilih Premier
4. Klik Get Started.
5. Lihat video untuk penjelasan lebih lanjut.

Selamt Mencuba!

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India